25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemimpin utama PN hanya suka bercakap di belakang

Beberapa pemimpin pembangkang berterusan ‘ponteng’ setiap kali sesi pertanyaan PMQ di Dewan Rakyat.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO melahirkan rasa kekecewaan melihat sikap pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang hanya suka bercakap di belakang sahaja dari berdepan secara anak jantan.

Ini berikutan katanya, beberapa pemimpin utama pembangkang yang berterusan ‘ponteng’ setiap kali sesi pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.

“Kecewa juga hari ini datang ke Parlimen, ingatkan nak tengok Ketua Pembangkang atau pengerusi Ahli Parlimen Pembangkang berbahas secara terus dengan PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat pertama kalinya sebab sebelum ni mereka tak pernah hadir.

“Setiap hari Selasa jam 10 pagi akan ada sesi yang dinamakan ‘Prime minister question’ di Parlimen selama 30 minit yang mana Perdana Menteri akan menjawab sendiri semua soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Advertisements

Dalam sesi PMQ pagi tadi, dilaporkan kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengerusi Ahli Parlimen Pembangkang, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan.

Dr Akmal turut menyindir agar sesi PMQ diadakan pada sebelah petang persidangan kerana kemungkinan beberapa pemimpin pembangkang menghadapi masalah bangun pagi setiap hari.

“Ataupun saya nak cadangkan pada PMX (Anwar) untuk buat sesi PMQ ini pada waktu petang, sebab mungkin mereka ni tak bangun tidur lagi jam 10 pagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan