29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Nadia Kahf hakim pertama berhijab di AS

Beliau telah dilantik sebagai hakim bagi Mahkamah Agung di Amerika Syarikat itu pada 23 Mac yang lalu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEGUAM Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, sekali gus menjadi hakim berhijab yang pertama di negara itu.

Memetik laporan TRT World, beliau telah dilantik sebagai hakim bagi Mahkamah Agung di Amerika Syarikat itu pada 23 Mac yang lalu.

Dalam video yang dimuat naik media tersebut, Nadia turut mengangkat sumpah di pejabat kehakiman dengan menggunakan Al-Quran.

Bahkan petikan video berdurasi 49 saat tersebut juga menjadi tular dan menzahirkan ucapan pertama Nadi Kahf selepas perlantikan berkenaan.

“Saya bangga untuk mewakili komuniti Muslim dan Arab di New Jersey serta di Amerika Syarikat,” katanya.

“Saya ingin melihat generasi muda dapat mempraktikkan kehidupan beragama, tanpa rasa takut kepada apa-apa dan menjadi apa yang mereka mahukan.

“Diversiti adalah kekuatan kita, ia bukanlah satu kelemahan. Saya berharap agar orang ramai dapat memahamiya,” katanya lagi.

Memetik laporan Agensi, Kahf akan menjalankan tugas sebagai hakim Passaic County Superior Court selepas namanya dicalonkan untuk menjawat jawatan tersebut oleh Gabenor New Jersey, Phil Murphy.

Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne.

Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.

Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Cik Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton, dan juga seorang pengerusi Pusat Islam Passaic County.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan