25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia – Filipina setuju tingkatkan pertukaran pelaburan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Filipina bersetuju untuk mempertingkat pertukaran pelaburan terutamanya dalam sektor industri halal, sekuriti makanan dan ekonomi digital bagi meningkatkan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin turut bersepakat untuk meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan.

“Saya bersama Presiden Marcos bersetuju untuk mempertingkat pertukaran pelaburan antara kedua-dua negara dengan tumpuan melibatkan industri Halal, keterjaminan makanan, pertanian selain ekonomi digital.

“Kami melanjutkan perbincangan terutamanya dalam mempererat hubungan antara rakyat kedua-dua negara serta pengukuhan budaya dan sektor pelancongan,” katanya dalam Facebook, malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Anwar berkata, perbincangan juga menyentuh perihal di Myanmar di mana kedua-duanya menekankan peri penting mencapai jalan keluar dari konflik di sana.

“Mencapai kestabilan dan keamanan yang mampan serta inklusif di wilayah Mindanao turut menjadi antara agenda perbincangan antara Malaysia dan Filipina.

“Malaysia dan Filipina akan mengukuhkan lagi hubungan menerusi pelbagai kerjasama sekaligus memantapkan rencana pembangunan di antara kedua-dua negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan