26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Khairy, skuad Southern Volunteers santuni mangsa banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memulakan ‘tugasnya’ sebagai Penasihat Belia Johor apabila bersama-sama skuad Sukarelawan Selatan (Southern Volunteers) menyantuni mangsa banjir di negeri itu.

Khairy yang juga salah seorang Pengarah kelab bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Seri Telok, Parit Yaani dan PPS Dewan Orang Ramai Sri Medan, dekat Batu Pahat. 

Khairy dalam satu hantaran di Facebook menzahirkan ucapan terima kasih kepada skuad Sukarewalan Selatan di bawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Iskandar yang sentiasa berada dalam keadaan siap-siaga untuk membantu penduduk terjejas akibat banjir.

Advertisements

“Marilah kita mendoakan agar mereka yang terjejas akibat banjir dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk menempuh waktu yang sukar ini,” katanya hari ini.

Seramai 43,270 orang kini berlindung di 226 PPS di Johor berbanding 49,543 orang, tengah hari tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, bagaimanapun penduduk yang dipindahkan di Batu Pahat meningkat kepada 21,164 orang berbanding 21,020 orang.

Di Segamat, jumla mangsa yang masih ditempatkan di PPS menurun kepada 7,906 orang, Muar (4,105 orang), Kluang (3,515) dan Tangkak (3,303 orang).

Di Kota Tinggi juga turut mencatatkan penurunan kepada 1,847 orang manakala di Mersing 1,165 orang sementara di Pontian 174 orang dan Johor Bahru tinggal 38 orang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan