24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Pengosongan 4 kerusi DUN Pulau Pinang bermotif politik

Mesti Baca

TINDAKAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang menggunakan Artikel 14A Perlembagaan negeri itu bagi meluluskan usul mengosongkan empat kerusi membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu sebagai penyalahgunaan kuasa dan jelas bermotif politik.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana mereka terutama Khalid Mahtab Ishaq (ADUN Bertam) dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan tindakan di bawah Artikel 14A tersebut.

“Kedua-dua YB ADUN Bersatu ini tidak pernah pada bila-bila masa meletak jawatan atau dipecat daripada parti Bersatu atau telah menyertai parti politik lain. Mereka kekal sebagai ahli Bersatu sehingga kini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan usul pengisytiharaan kekosongan empat kerusi yang diwakili ADUN Bersatu di bawah Fasal 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Speaker, Datuk Law Choo Kiang mengesahkan keputusan itu dicapai setelah selesai sesi perbahasan daripada semua ADUN yang mengambil bahagian dengan sokongan majoriti ADUN yang sebulat suara bersetuju melululuskan tersebut.

Choo Kiang meluluskan usul itu menerusi undian suara selepas semua ADUN yang hadir menyatakan ‘ya’ kedengaran lebih ramai dan kuat berbanding menyatakan ‘tidak’.

Advertisements

Nama ADUN dan kerusi terbabit adalah ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Kesemua mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Mei 2018.

Hamzah berkata, tindakan DUN Pulau Pinang itu bukan sahaja jelas satu penyalahgunaan kuasa malah pada hakikatnya tidak menghormati lunas-lunas demokrasi serta dilihat sebagai satu pencabulan undang-undang.

“Hak demokrasi rakyat dan pengundi telah dinafikan. Ini adalah suatu rampasan kuasa pengundi oleh DUN Pulau Pinang dengan berselindung di sebalik undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Bersatu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan keempat-empat ADUN tersebut namun beliau percaya bahawa mahkamah telah terkhilaf dalam menafsirkan pemakaian Artikel 14A ke atas mereka.

Sehubungan itu, katanya, Bersatu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan