32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

SAR kesan wanita hanyut bersama kereta di Mersing

Mangsa dikatakan memandu sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dilaporkan hilang apabila kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28, Jalan Nitar-Kahang, Mersing, Johor.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd. Alias Hussin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.49 pagi menyatakan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi.

“PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2.

“Pada pukul 1.50 petang usaha pencarian diteruskan di lokasi Felda Nitar 2 di mana mangsa dipercayai telah terbabas ke tebing jalan. Paras air di atas jalan raya lebih satu meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan kejadian melibatkan wanita warga tempatan berusia 23 tahun.

Advertisements

“Mangsa dikatakan memandu sebuah kereta Perodua Myvi dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang. Wanita itu dipercayai telah memandu kenderaannya di jalan raya yang telah dinaiki air banjir dan dihanyutkan arus bersama-sama kenderaan yang dipandunya.

“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diatur gerak sejak pukul 11 pagi sebaik maklumat diterima dari MERS 999. Operasi ini melibatkan 27 pegawai dan anggota dari IPD Mersing dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Endau dan Mersing,” katanya.

Sebanyak tiga buah bot kecil digunakan dalam SAR yang turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air, (PPDA) JBPM Skudai.

Orang ramai diminta menghubungi talian 07-7992222, hotline 07-7996224, talian terus 07-7991300 dan tablet 07-7993507 untuk sebarang kecemasan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan