26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

PDRM terima 8 laporan berkenaan filem Mentega Terbang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menerima lapan laporan dan membuka satu kertas siasatan berhubung filem Mentega Terbang.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saadudin berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman akan mengambil alih siasatan kes terbabit.

“Sehingga kini, Polis PDRM telah menerima sebanyak lapan laporan polis di mana satu kertas siasatan telah dibuka.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Noorsiah, kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati kandungan filem Mentega Terbang terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Digital menyerahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menyiasat filem kontroversi Mentega Terbang yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, siasatan pada ketika ini menjurus kepada beberapa aspek termasuk lesen untuk penggambaran dan pengeluaran filem tersebut.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan