26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

DUN Pulau Pinang dibubar esok – Kon Yeow

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan secara rasmi esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Tarikh pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas beliau menghadap Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di kediaman rasmi Seri Mutiara hari ini.

“Pada pagi ini saya telah dapat perkenan TYT menandatangani proklamasi bagi membubarkan DUN untuk membuka jalan kepada PRN yang akan ditetapkan SPR, setelah semua negeri membubarkan DUN masing-masing.

“Saya lega ini telah berakhir dan kini perlu bersedia untuk PRN, tarikhnya akan ditentukan SPR (kelak). Ini (pembubaran) berkuat kuasa esok,” kata Kon Yeow kepada media selepas menghadap TYT hari ini.

Beberapa negeri telah membubarkan DUN seperti Selangor dan Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang akan melakukannya esok sementara Negeri Sembilan akan membubarkan DUN pada 30 DUN.

Advertisements

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula menghadap Sultan Terengganu pagi ini untuk mendapat perkenan tarikh pembubaran DUN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan) yang ketika itu bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencatat kemenangan besar dengan memenangi 37 kerusi DUN.

Mengikut pecahan, DAP memiliki kerusi terbanyak dengan 19 DUN diikuti PKR (14) sementara Parti Amanah Negara, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO masing-masing memiliki dua kerusi sambil Pas hanya menang satu kerusi.

Kon Yeow dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang pada petang ini sebelum menyerahkan proklamasi pembubaran DUN kepada Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan