Thursday, July 23, 2026

Samsuri menghadap Sultan mohon perkenan bubar DUN

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi mendapat perkenanan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu dilihat tiba di perkarangan Istana Syarqiyyah pada pukul 8.38 pagi tadi menggunakan kenderaan rasmi.

Ahmad Samsuri dijadualkan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran DUN kepada baginda Sultan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tarikh matang bagi DUN Terangganu adalah pada 30 Jun dan ia akan terbubar secara automatik selepas tarikh berkenaan.

Untuk rekod, Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN yang mana 22 daripadanya dimiliki Pas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Barisan Nasional (BN) pula memiliki baki 10 kerusi di negeri tersebut.

PRN di enam negeri termasuk Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka diadakan terdekat susulan pembubaran DUN.

Antara negeri yang telah mengumumkan pembubaran DUN adalah Selangor dan Kelantan sementara Kedah dan Pulau Pinang  mengumumkan akan membubarkan DUN esok. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan