27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Hatrik Arif Aiman bawa JDT ke final Piala FA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEDAKAN hatrik di separuh masa pertama Arif Aiman Hanapi serta jaringan Fernando Forestieri membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) ke final selepas menundukkan Selangor 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan menempah pertemuan dengan Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi yang bakal dilangsungkan di Johor Bahru pada 22 Julai depan.

Turun selaku penyandang juara, JDT garang mengasak kubu Selangor dan pada minit ke-14 menyaksikan percubaan Leandro Velazquez diselamatkan Khairulazhan Khalid.

Lima minit berselang, giliran Ahmad Syihan Hazmi pula diuji menerusi percubaan lencong Ayron del Valle namun penjaga gol kebangsaan itu berjaya menolak keluar sepakan tersebut.

Advertisements

Gol yang dicari tuan rumah berhasil pada minit ke-20 apabila gerakan serangan balas pantas JDT disudahkan Arif Aiman untuk meletakkan JDT 1-0 di depan.

Pemain sayap berusia 21 tahun itu kemudian meledak gol kedua skuad Harimau Selatan pada minit ke-33 menerusi satu percubaan cantik dari luar kawasan penalti terus ke penjuru kiri gawang Selangor.

Arif Aiman melengkapkan hatrik di babak pertama apabila menyungkit bola melepasi Khairulazhan sekali gus menjadikan kedudukan 3-0.

Tuan rumah terus bernafsu memburu jaringan apabila memperoleh gol keempat apabila Forestieri mudah memperdaya Ahmad Khuzaimi Piee sebelum melepaskan rembatan melepasi Khairulazhan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan