24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Giliran Negeri Sembilan jadi ‘lauk’ JDT

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIDAK sampai 24 jam Manchester United dibelasah Liverpool 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, hari ini di Malaysia, giliran Negeri Sembilan FC pula menerima nasib sama selepas tewas dengan keputusan yang sama.

Namun nasib Negeri Sembilan lebih menyedihkan apabila tumpas kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Gagal mengutip sebarang kemenangan dalam dua aksi awal liga, Negeri Sembilan ketinggalan seawal minit ke-20 menerusi tandukan penyerang, Fernando Forestieri.

Pelawat terus menggandakan jaringan lima minit sebelum waktu rehat apabila sepakan voli menarik Diogo Luis Santo mudah memperdaya penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman di gawang tuan rumah.

Anak buah Esteban Solari terus garang di babak kedua apabila menambah lima lagi gol.

Advertisements

Forestieri menambah gol kedua peribadi pada malam tadi apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-48 selepas Ariff Aiman Mohd Hanapi dijatuhkan dalam kawasan penalti.

Minit ke-52 pula menyaksikan giliran Ariff Aiman mencetak nama sebagai penjaring apabila menyudahkan hantaran Diogo untuk menjadi kedudukan 4-0.

Pertahanan JDT, Corbin Ong meledak gol kelima pada minit ke-66 sebelum Endrick Dos Santos menambah derita Negeri Sembilan dengan gol keenam pada minit ke-71.

Corbin melengkapkan malam gemilang JDT menerusi gol ketujuh pada minit ke-87 sekali gus melonjakkan skuad Harimau Selatan itu kembali ke puncak Liga Super dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan.

Sabah mengekori rapat JDT di tangga kedua dengan hanya dipisahkan menerusi perbezaan jaringan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan