KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan, 15 Mac ini.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kod yang sebelum ini dalam fasa penelitian, kini sudah sedia untuk dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak kementerian.
“KBS akan buat buat pengumuman khas mengenai kod itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Sambutan Hari Wanita peringkat KBS, di di Pusat Dagangan NZX Lembah Subang, hari ini.
Ujar beliau lagi, isu sukan selamat tersebut bukan hanya untuk kaum wanita sahaja, bahkan juga untuk kaum lelaki.
“… selain isu gangguan seksual ia (kod itu) juga membabitkan (isu) buli dan keganasan,” katanya.
Kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.
Kod itu diumumkan untuk dilaksanakan oleh Menteri Belia dan Sukan sebelum ini Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
-EDISI9

