32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Kadar faedah pinjaman bank cagar KWSP dijamin rendah

Kadar faedah dan keuntungan dijangka antara 4 peratus hingga 5 peratus setahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memberi jaminan kadar faedah dan keuntungan bagi pinjaman bank dengan cagaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah rendah.

MOF dalam satu kenyataan berkata, inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP itu sedang dimuktamadkan dan dijamin tidak akan membebankan rakyat.

Menurutnya, pencarum KWSP yang menggunakan baki simpanan Akaun 2 sebagai sandaran dijangka dikenakan kadar faedah dan keuntungan antara 4 peratus hingga 5 peratus setahun.

Katanya, kadar tersebut lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan iaitu antara 8 peratus hingga 15 peratus.

“Susulan pertanyaan media yang diterima, MOF ingin menjelaskan bahawa seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan tidak akan pertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP kerana pengeluaran khas tersebut merupakan langkah untuk membendung impak Covid-19.

“Malah, berdasarkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), semua negara yang membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabung persaraan mereka semasa pandemik sudah memberhentikan kemudahan pengeluaran awal daripada tabung persaraan sejak 2021,” katanya.

Menurut MOF, inisiatif yang dicadangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu tidak bercanggah dengan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.

Baca juga:   MoF jemput kongsi pandangan penyediaan Bajet 2022

Ini kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan.

Katanya, ia selaras dengan objektif pelaburan KWSP sebagai sebuah dana persaraan jangka panjang untuk melindung dan menambah nilai simpanan ahli melalui pengisytiharan kadar dividen yang stabil dan mampan.

Baca juga:   Tiada keperluan untuk pengeluaran wang KWSP - CUEPACS

“Maklumat terperinci mengenai inisiatif ini akan diumumkan oleh KWSP kelak,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan