27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

EPL beri laluan pemain beragama Islam berbuka puasa

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LIGA Perdana Inggeris (EPL) akan menghentikan perlawanannya seketika bagi memberi laluan pemain beragama Islam ketika masuk waktu untuk berbuka puasa.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh ESPN di laman Twitter, Premier League sudah mengeluarkan  arahan kepada pegawainya untuk menghentikan perlawanan atas budi bicara untuk tujuan tersebut di sepanjang bulan Ramadan.

Keputusan untuk menghentikan perlawanan seketika bagi memberi kebenaran pemain yang beragama Islam untuk berbuka puasa akan dibuat atas budi biacara pengadil perlawanan.

EPL memiliki ramai pemain bintang yang beragama Islam antaranya Mohamed Salah (Liverpool) dan N’Golo Kante (Chelsea).

Selain itu, juara Liga EPL 2022, Manchester City turut dibarisi pemain agama Islam seperti Riyad Mahrez dan IIkay Gundogan.

Antara pemain Islam lain yang beraksi di EPL adalah Wesley Fofana dari Chelsea dan bintang West Ham United, Said Benrahma.

Dua tahun lalu, perlawanan EPL antara Leicester City dan Crystal Palace dihentikan pengadil seketika untuk membenarkan Fofana dan Cheikou Kouyate berbuka puasa.

Usaha EPL itu dihargai peminat bola sepak serta satu penghormatan buat pemain bergama Islam serta meraikan sikap perpaduan dalam sukan bola sepak memandangkan liga EPL satu jenama popular secara global. – EDISI9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan