25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 17, 2025

Danish Hakim raih podium di Portugal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli membuktikan bakatnya apabila berjaya meraih podium dalam Perlumbaan Dua dalam Red Bull Rookies Cup 2023 semalam.

Bermula dari petak kelapan, pelumba berusia 16 tahun itu terus memberikan saingan daripada awal pusingan sehingga penamat untuk muncul pemenang tempat ketiga.

Hakim Danish berkata, perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao itu cukup sengit dan membuatkannya untuk sentiasa fokus terus berada dalam kelompok hadapan.

“Saya bersyukur dengan kejayaan ini. Perlumbaan yang sangat sengit, saya kekal terus memberikan saingan pusingan demi pusingan.

“Saya ada sedikit tertinggal di kelompok hadapan namun saya berjaya meneruskan saingan dan berjaya tamatkan perlumbaan di posisi ketiga. Saya bersyukur dengan kejayaan ini,” katanya.

Advertisements

Saingan itu dimenangai pelumba Sepanyol, Angel Piqueras dengan catatakan 26:09.348s serta rakan sepasukannya, Marcos Ruda di tempat kedua (26:09.350s).

Dalam perlumbaan satu sebelumnya, Hakim Danish menamatkan saingan di tempat kelima.

Sementara itu rakan senegara, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula menamatkan saingan di tempat ke-10.

Kejayaan podium itu meletakkan Hakim Danish di kedudukan keempat keseluruhan dengan 27 mata sementara Danial Syahmi di tempat kesembilan dengan 13 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bekas ADUN Kemasik kritikal, keluarga mohon kemaafan 

BEKADS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Terengganu, Datuk Abu Bakar Ali dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di...

Lagi Artikel Berkaitan