28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bayaran tol terbuka akan diperluas ke lebuh raya lain

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mempertimbang memperluaskan pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ke lebih banyak lebuh raya pada masa depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beberapa syarikat konsesi telah menyatakan minat untuk melaksanakan sistem tersebut selain daripada lima lebuh raya yang diumumkan sebelum ini.

“Ingin saya tegaskan, usaha ini tidak terhenti di lima lebuh raya sahaja, malah beberapa lagi syarikat konsesi telah menunjukkan minat dan menyatakan kesediaan untuk turut serta di dalam sistem pembayaran terbuka ini.

“Perkembangan positif ini akan saya umumkan kelak selepas semua proses selesai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Lima lebuh raya yang akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka selewat-lewatnya September ini adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, keputusan lokasi dan pemilihan lebuh raya yang akan terlibat ditentukan Kementerian Kerja Raya (KKR) selepas semua proses libat urus, teknikal, perundangan dan kewangan telah dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

“Atas dasar ini, saya memohon jasa baik semua untuk memahami punca kuasa dan memberi laluan proses ini berjalan dengan lancar terlebih dahulu.

“Saya juga memohon semua pihak menunggu pengumuman daripada KKR bagi senarai jajaran dan lebuhraya yang bersedia untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini. Ini bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham dan masalah di kalangan pengguna di kemudian hari,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan