32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Batal puasa jika suntik Liraglutide – Bekas mufti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam dilarang mengambil suntikan ubat Liraglutide yang digunakan sebagai tambahan bagi mengawal berat badan kerana boleh membatalkan puasa.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, rawatan tersebut bukanlah bersifat darurat sebagaimana suntikan insulin tetapi cuma satu kaedah menurunkan berat badan dengan cara yang selamat.

Katanya, suntikan itu juga seolah-olah menghilangkan antara faedah utama puasa iaitu rasa lapar.

“Saya berpandangan bahawa suntikan Liraglutide pada siang hari Ramadhan membatalkan puasa kerana bersifat memberi tenaga (mughazzi) dan menghantar isyarat kepada otak untuk menghilangkan keinginan kepada makanan atau merasa lapar.

“Sebagai langkah berhati-hati jika pesakit memerlukannya, mungkin suntikan itu boleh dibuat pada malam hari di bulan Ramadhan, dengan pandangan dan nasihat doktor,” katanya hari ini.

Baca juga:   Bukan mudah nak dapatkan Dion, terima kasih TMJ - Stuart

Liraglutide dapat membantu menurunkan berat badan secara selamat.

Ubat ini juga membantu mereka yang mempunyai masalah masalah obesiti atau berlebihan berat badan, juga mempunyai masalah yang berkaitan dengan berat badan (seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, atau diabetes jenis 2). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan