29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 37,322 orang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BILANGAN mangsa banjir di negeri Johor terus meningkat dengan seramai 37,322 mangsa kini ditempatkan di 238 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di seluruh Johor, setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Situasi dilihat semakin di sembilan daerah di Johor membimbangkan apabila mangsa banjir terus menunjukkan peningkatan berbanding 34,849 mangsa di 225 PPS, pukul 8 malam, semalam.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah mangsa terkini itu terdiri daripada sebanyak 10,793 buah keluarga dan daerah Segamat paling ramai mangsa iaitu kira-kira 13,358 dengan sebanyak 77 PPS dibuka.

Ini diikuti daerah Batu Pahat (7,368)(43 PPS); Kluang (5,288)(39 PPS); Muar (3,330)(19 PPS); Kota Tinggi (3,292)(20 PPS); Tangkak (2,661)(23 PPS); Mersing (964)(8 PPS); Johor Bahru (699)(5 PPS) dan Pontian (362)(4 PPS)” katanya dalam satu kenyataan, hari ini yang turut memaklumkan jumlah kumulatif kematian direkodkan sebanyak tiga.

Advertisements

Dalam pada itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut memberi amaran hujan berterusan tahap Buruk di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sementara tahap Waspada di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Sementara itu, sebanyak 16 sungai turut diletakkan bawah kategori paras air berbahaya antaranya Sungai Gemas, Sungai Muar, Sungai Tangkak, Sungai Kesang, Sungai Bekok dan Sungai Kahang dan Sungai Johor,” ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 40 laluan telah ditutup untuk semua jenis kenderaan di negeri ini antaranya Jalan Felda Kemelah; Jalan Felda Pemanis; Jalan Johor Bahru-Endau; Jalan Masai Lama; Felda Medoi; Jalan Johor Bahru-Seremban; Jalan Senai-Gemas dan Jalan Muar-Tangkak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan