25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Banjir: Johor hargai peruntukan segera kerajaan Pusat, negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor menghargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Pahang, Selangor yang menyalurkan peruntukan segera bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluluskan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor semalam.

“Syukur Alhamdulillah, sewaktu lawatan saya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SKJ(C) Sulong di Parit Sulong, saya menerima perkhabaran gembira bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir, serta keperluan lain yang mendesak. Terima kasih saya ucapkan.

“Kerajaan Negeri juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail; dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kerana sudi menggerakkan bantuan segera kepada Johor,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Onn Hafiz berkata, semoga usaha yang diambil Kerajaan Negeri dan Persekutuan, dibantu agensi-agensi, syarikat-syarikat korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan kesejahteraan Bangsa Johor, akan diberkati Allah SWT.

“Saya mendoakan agar kita semua cekal dalam menghadapi ujian ini. InsyaAllah kita akan dapat melalui tempoh yang serba mencabar ini,”katanya.

Semalam, kerajaan dilaporkan meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor susulan bencana banjir yang disifatkan terburuk pernah melanda negeri itu.

Kelulusan itu diumumkan Perdana Menteri, bagi tujuan melaksanakan kerja baik pulih infrastruktur yang rosak disebabkan bah.

Berdasarkan data terkini, mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 37,322 penduduk, di sembilan daerah terjejas, setakat jam 8 pagi ini.

Ia membabitkan seramai 10,793 keluarga, yang dipindahkan ke 238 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di sembilan daerah. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan