30 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Ops Menu 3.0: 5,181 pemeriksaan tanda harga dilaksanakan

KPDN sentiasa melaksanakan pemeriksaan untuk menangani isu kenaikan harga barang yang dilaporkan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,181 pemeriksaan telah dijalankan di premis makanan dengan pelbagai kesalahan dikesan di bawah pelaksanaan Ops Menu 3.0 oleh Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sehingga 13 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, Shamsul Nizam Khalil berkata, daripada pemeriksaan dilakukan sebanyak 59 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Ops Menu 3.0 iaitu 58 kes bagi kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan satu kes gambaran harga yang mengelirukan pengguna.

Beliau berkata, seperti sedia maklum penandaan harga merupakan satu perundangan yang telah dikuatkuasakan bermula pada tahun 1977 dengan 111 barangan terpilih.

“Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj bagi Perkhidmatan) 2020 ini terpakai bagi semua peniaga yang menjual jenis barangan secara runcit dan peniaga yang menjalankan perkhidmatan untuk perniagaan yang ditetapkan.

Baca juga:   Pertahankan kedaulatan negara, perkukuhkan Muafakat Malaysia

“Sehubungan dengan itu, KPDN sentiasa melaksanakan penguatkuasaan serta pemeriksaan untuk menangani isu kenaikan harga barang yang dilaporkan.

“Ia dijalankan melalui pelbagai pendekatan berterusan dan agresif antaranya melalui Program Pematuhan Penandaan Harga di Restoran dan Kedai Makan yang menjual nasi campur (Ops Menu 3.0) di seluruh negara.

“Ops Menu 3.0 merupakan kesinambungan daripada Ops Menu 1.0 dan Ops Menu 2.0 yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian pada tahun 2021 dan 2022,” katanya.

Baca juga:   Wujudkan pengeluaran makanan ternakan dalam negara - CAP

Beliau berkata, nilai rampasan yang dihasilkan sepanjang tempoh itu adalah sebanyak RM 1,956 dengan jumlah kompaun sebanyak RM 16,400 – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan