25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Sabah perketat pemeriksaan pengembara dari China

Pengembara berkenaan perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Sabah menetapkan pengembara yang berlepas dari China perlu lengkap vaksinasi COVID-19 mengikut kriteria negara asal masing-masing sebelum memasuki negeri ini, berkuatkuasa 8 Jan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun, berkata pengembara berkenaan juga perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

“Perkara itu diputuskan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang bermesyuarat hari ini (semalam),” kata jurucakap COVID-19 kerajaan Sabah itu menerusi kenyataan malam tadi.

Masidi berkata, kerajaan negeri juga menetapkan semua pengembara dari luar negara yang tiba di Sabah dikehendaki menjalani saringan suhu dan pengembara dikesan mempunyai simptom demam akan menjalani pemeriksaan lanjut.

Baca juga:   292 rekod kematian dilaporkan, Sabah tertinggi

“Pengembara yang mempunyai gejala COVID-19 wajib menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 12 kes COVID-19 dilaporkan di Sabah semalam manakala 138 pesakit masih menerima rawatan dengan 10 daripadanya memerlukan penjagaan kritikal dan 23 pesakit telah pulih. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

UMNO pecat Tun Faisal berkuat kuasa serta-merta

BEKAS Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan