27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

KPDN bakal usahakan pinjaman ala-rahmah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal bertemu dengan syarikat kewangan termasuk bank tempatan bagi perbincangan penawaran inisiatif perbankan bersifat rahmah kepada rakyat yang terkesan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, untuk tujuan itu, beliau sudah bertemu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang memberi pandangan bagaimana usaha itu boleh direalisasi.

Menurutnya, antara inisiatif rahmah yang boleh diusahakan dengan pihak bank adalah pinjaman khas kepada golongan B40 dan golongan yang memerlukan.

“Selepas kejayaan Menu Rahmah, saya minta untuk mengadakan perbincangan dengan pihak bank minggu hadapan untuk mendapat kemungkinan kerjasama dengan mereka seperti pertemuan dengan MBSB Bank hari ini, yang sudah merencanakan satu pinjaman istimewa untuk golongan B40.

“Idea itu sudah ada dan apabila ia direalisasikan nanti, kita akan mengadakan satu sesi libat urus bersama, bukan hanya dengan pihak bank tetapi syarikat insurans untuk memberi pertolongan kepada golongan wanita dan belia,” katanya hari ini.

Baca juga:   Sultan Johor lantik TMJ Pemangku Raja Johor

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen ‘Klasiknya Raya’ oleh Mydin, di Subang Jaya, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin; dan Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib.

Menjelaskan secara lanjut mengenai usaha itu, Salahuddin memaklumkan, Tengku Zafrul bersetuju untuk membawa KPDN bertemu wakil bank terkemuka untuk membincangkan inisiatif itu dengan lebih lanjut.

Baca juga:   Menanti berita gembira daripada Mahdzir untuk peserta Felcra

“Beliau sangat positif dengan usaha yang dicadangkan ini, malah bersetuju untuk membantu, seperti mana sebelum ini, beliau sendiri memperkenalkan inisiatif Menu Rahmah menerusi platform TikTok yang menarik sehingga lima juta orang untuk melihatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Salahuddin turut memaklumkan KPDN sudah bertemu dengan syarikat insurans kenderaan untuk mewujudkan satu insurans ala-Rahmah yang bertujuan untuk membantu pengguna jalan yang terkesan dengan kenaikan kos membaiki kereta.

“Ada banyak pemilik kereta terpakai yang kenderaan mereka mengalami kerosakan dan mungkin berdepan kerosakan serius seperti kotak gear namun tidak mampu membaikinya.

“Jadi melalui insurans yang sedang diperhalusi ini, kita akan menawarkan kepada rakyat satu skim perlindungan khas yang akan membantu kehidupan seharian mereka. Kita akan mengadakan sesi libat urus lanjut, tidak lama lagi,” katanya.

-EDISI9

Baca juga:   Hanya Agong boleh tentukan kedudukan Muhyiddin selaku PM

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan