28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tiada kelas akademik minggu pertama persekolahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini.

Sebaliknya, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, pengajaran kelas akan diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

“Fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi 2023/2024 ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Amanat Pembukaan Sesi Persekolahan 2023/2024 di Putrajaya hari ini.

Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan A, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B.

Kumpulan A membabitkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala Kumpulan B meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Beliau berkata, bagi pembukaan sesi persekolahan kali ini pihak sekolah diminta merapatkan hubungan antara guru, pelajar, ibu bapa dan komuniti.

“Kalau dahulu fokus hari pertama terus mengajar subjek akademik tetapi berbeza kali ini.

“Semua ini akhirnya nanti akan membangkitkan satu semangat iaitu saling menyokong yang telah diterjemah di awal persekolahan,” katanya.

Dalam pada itu, Pkharuddin berkata, sebarang bentuk pertandingan, sambutan, majlis yang tidak memberi impak besar akan dimansuhkan mulai sesi persekolahan 2023/2024 sebagai inisiatif segera menangani isu beban tugas guru.

“Kekerapan semakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) pula dikurangkan kepada setahun sekali mulai sesi persekolahan ini, berbanding sekurang-kurangnya dua tahun sekali sebelum ini.

“Begitu juga sambutan Hari Guru yang juga dihadkan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja, berbanding sebelum ini membabitkan peringkat negeri dan daerah, katanya.

Selain itu, katanya, para pendidik juga diberikan autonomi dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran sebagai rujukan. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan