32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Warga KPM zahir dukacita dua guru maut kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman, Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang semalam.

Menterinya, Fadhlina Sidek mengucapkan takziah kepada waris keluarga Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, serta warga SMAP Kajang.

“Semoga tabah dan sabar dengan ujian besar ini. Kami mendoakan agar roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang semalam, pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer 274, LPT2.

Sementara tiga anak mereka, Farah Najwa, 20, Fatin Najla, 10, dan Faikal Nabila, 8, cedera di muka, kaki dan tangan serta dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan.

Baca juga:   8,269 murid dan pelajar sekolah dijangkiti COVID-19

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, sewaktu kejadian kesemua mangsa yang menetap di Kajang dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Kampung Gelugor, Kerteh.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Nasib 476 banduan, tertakluk RUU mansuh hukuman mati jika lulus

SERAMAI 476 orang banduan hukuman mati yang belum selesai proses rayuan di peringkat mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-undang...

Lagi Artikel Berkaitan