32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Hajiji terajui Gagasan Rakyat, GRS 100 peratus parti tempatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sah diambil alih bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara rasmi dipilih mengetuai parti itu hari ini.

Hajiji dipilih menggantikan bekas Presiden Gagasan Rakyat, Stephen Jacob Jimbangan pada Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, hari ini.

Pada EGM itu, senarai baharu kepemimpinan Gagasan Rakyat turut dipilih dengan Menteri Kewangan negeri yang juga Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Masidi Manjun sebagai timbalan presiden yang baharu.

Turut dilantik ialah tiga jawatan naib presiden, masing-masing disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Mohd Arifin Arif, ADUN Kemabong Datuk Rubin Balang dan ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Sementara itu, jawatan Setiausaha Agung disandang bekas Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Mohd Razali Razi, manakala Stephen Jacob sebagai timbalannya.

Baca juga:   Sindiket dadah tumpas, ganja RM2.12 juta dirampas

Pengarah Yayasan Sabah yang juga ADUN Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar pula dilantik sebagai bendahari, manakala ADUN Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sebagai Ketua Penerangan.

Semua pemimpin baharu yang dilantik menerajui jawatan utama Gagasan Rakyat terdiri daripada bekas ahli Bersatu Sabah termasuk 20 orang Ahli Majlis Tertingginya.

Dalam pada itu, Hajiji yang juga Pengerusi GRS, berkata menerusi langkah itu semua bekas ahli Bersatu kini mempunyai wadah politik 100 peratus tempatan untuk meneruskan perjuangan rakyat dan negeri.

Baca juga:   650,000 jemaah luar negara sudah tiba di Mekah

“Sebagai sebuah parti tempatan tidak bermaksud kita menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara. Malaysia adalah tanah air kita,” katanya.

Namun menurut beliau, sebagaimana matlamat asal membina Malaysia adalah untuk merubah tahap pembangunan rakyat dan bumi Sabah.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan