31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dua wanita maut nahas dua buah kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA wanita maut apabila kenderaan yang dipandu masing-masing terlibat dalam kemalangan di Jalan Junid, Muar, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan yang berlaku sekitar pukul 1.15 pagi itu turut mengakibatkan tiga lagi mangsa mengalami kecederaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa kereta jenis Proton Wira dari arah Desa Keroma yang menghala ke Bandar Muar telah bertembung dengan kereta jenis Proton Saga BLM yang memasuki simpang secara mengejut dari arah bertentangan hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kanan jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, seorang wanita yang juga merupakan penumpang kereta jenis Proton Wira berusia 34 tahun dan seorang pemandu wanita kereta jenis Proton Saga BLM berusia 45 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tiga mangsa lain mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Raiz Mukhliz lagi, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Advertisements

Sementara itu menurut Pegawai Bomba Kanan II yang juga merupakan Komander Operasi bagi kemalangan berkenaan, Misholifadzil Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan pada Ahad jam 12.59 tengah malam.

Menurutnya, satu jentera FRT dan dua unit RIM dengan sembilan anggota telah dihantar ke lokasi kemalangan berkenaan.

“Sebaik tiba ke lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati kemalangan berkenaan melibatkan kereta jenis Proton Wira dan Proton Saga BLM.

“PKO kemudiannya menggunakan peralatan khas rescue tools and stretcher bagi membantu lima mangsa yang tersepit manakala dua lagi mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi.

“Dua mangsa yang meninggal kemudiannya diserahkan kepada pihak polis manakala tiga mangsa yang tersepit dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan