32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Puad cabar Khairy tubuh parti baharu

Jika benar bekas Ketua Pemuda UMNO itu mempunyai 'magnet' untuk menarik pengundi muda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mencabar Khairy Jamaluddin menubuhkan parti baharu jika benar bekas Ketua Pemuda UMNO itu mempunyai ‘magnet’ untuk menarik pengundi muda.

Bagaimanapun, jika bekas Ahli Parlimen Rembau itu tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian, lebih baik Khairy menyertai Bersatu atau Pas.

“KJ tidak merayu pemecatannya (daripada UMNO). Apa salahnya KJ tubuh parti baru. Kita tengok apakah anak muda akan berduyun masuk ikut ‘magnet’ KJ.

“Kalau KJ kurang berani macam Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman) yang tubuh parti baharu, KJ boleh join (sertai) Bersatu atau Pas. KJ boleh buktikan magnet dia ok. Jangan pula jadi penumpang kepada parti itu,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu turut mempersoalkan jumlah anak muda yang menyertai UMNO sepanjang Khairy menjadi Ketua Pemuda dahulu.

Baca juga:   Mangsa keracunan karbon monoksida sudah sedar daripada koma

Puad membidas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menilai pemecatan Khairy dan penggantungan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan sebagai sesuatu yang merugikan parti.

Ini kerana, menurut bekas Perdana Menteri itu, kedua-dua bekas pemimpin muda tersebut mempunyai magnet untuk menarik sokongan anak muda terhadap UMNO.

“Ismail Sabri kata, KJ ada magnet. UMNO rugi kerana buang magnet untuk tarik orang muda.

“Tetapi masa KJ jadi Ketua Pemuda ramaikah anak muda ditarik oleh magnet KJ untuk sokong UMNO?.

Baca juga:   Tarik sokongan PN pengkhianat bangsa - QIAM

“Mungkin anak muda sokong KJ tetapi bukan UMNO,” katanya.

Dalam nada sindiran Puad berkata, sepatutnya Ismail Sabri mencadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya menjadikan Khairy sebagai poster boy bagi menggantikannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

“Ismail Sabri silap. Patut dia cadang pada MKT supaya KJ ganti dia sebagai poster boy di PRU ke 15 lalu. Alasannya dia tidak ada magnet. KJ ada magnet. Ruginya UMNO kalau betul,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Tidak praktikal gerabak khas LRT, Monorel dan MRT- Anthony Lok

TRANSIT Aliran Ringan (MRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) tiada keperluan untuk menyediakan gerabak khas kepada golongan wanita,...

Lagi Artikel Berkaitan