36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM doa Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria dipermudahkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia dipermudahkan.

Malah, beliau turut terkesan dengan keprihatinan Rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

“Malam semalam, sebanyak 42 tan barangan bantuan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam telah dihantar ke Damsyik menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, Insya Allah,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan bantuan itu merupakan hasil sumbangan ikhlas dan keprihatinan masyarakat Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, ia dikumpulkan sejak 15 Februari lalu dan antara barang-barang yang berjaya dikumpulkan bagi membantu mangsa yang terkesan dengan gempa bumi di Syria adalah makanan siap sedia untuk dimakan (Ready-to-Eat); barangan keperluan bayi; bekalan ubat-ubatan, empat buah generator; pakaian dan selimut; kelengkapan perlindungan diri (personal protective equipment); serta khemah, karpet dan indoor separators.

“Penerbangan khas ini akan turut melibatkan 51 kru dan wakil-wakil Kementerian serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) berlepas pada pukul 10.00 malam (tadi) dari Pangkalan Tentera Udara di Subang,” katanya.

Pesawat A400M ini dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik di sebelah tengah hari ini.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan