28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Padah bergaduh, tiga remaja ditangkap polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA remaja direman empat hari bagi membantu siasatan kes pergaduhan melibatkan dua kejadian di taman perumahan awam dan kawasan tempat letak kenderaan pasar raya di Ara Damansara, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian merusuh itu pada 11.24 malam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, semalam lebih kurang pukul 1.10 pagi, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah berjaya menahan tiga orang suspek lingkungan umur 14 hingga 16 tahun.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkmah Majistret Petaling Jaya bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan penahanan dibenarkan selama empat hari sehingga 21 Februari.

Advertisements

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh tanpa menggunakan senjata. Jika disabitkan, boleh membawa hukuman dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan