30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

LHDN nasihat semak status elak terkandas bercuti luar negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBAYAR cukai diminta menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat perancangan untuk ke luar negara.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, ia bagi memastikan percutian tersebut berjalan lancar dan aman memandangkan cuti persekolahan sudah bermula.

“LHDN ingin memberikan saranan kepada semua pembayar cukai untuk menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing terlebih dahulu sebelum membuat perancangan untuk ke luar negara bagi sebarang tujuan.

“Pembayar cukai boleh membuat semakan status tunggakan cukai mereka melalui portal MyTax yang boleh dicapai melalui pautan https://mytax.hasil.gov.my/.

“Manakala semakan sekatan perjalanan boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” katanya hari ini.

LHDN berkata, merujuk kepada Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976), LHDN diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai tidak dijelaskan kepada kerajaan.

“Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemas kini oleh pembayar cukai kepada HASiL melalui data percukaian terkini yang direkodkan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dikenakan sekatan perjalanan, mereka boleh mohon untuk membuat bayaran atau menghubungi pejabat LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka.

“Ia sebagai tujuan rundingan bayaran ansuran bagi membolehkan mereka meneruskan perjalanan ke luar negara.

Bagi tujuan pembayaran tunggakan cukai pendapatan, bayaran cukai boleh dibuat melalui beberapa kaedah iaitu Portal MyTax melalui Perkhidmatan ezHasil > ByrHASiL atau pautan terus  https://byrhasil.hasil.gov.my/.

“Selain itu, portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan HASiL, Mesin deposit tunai atau mesin juruwang automatik (ATM) bank ejen kutipan HASiL, kaunter bank ejen kutipan HASiL terpilih serta Kaunter Bayaran HASiL Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mengunakan kad kredit atau kad debit,”katanya.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan