32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

KKM siasat dakwaan 2 pegawai kanan bertemu industri tembakau

KKM memandang serius dakwaan yang sedang tular itu oleh Majlis Kawalan Tembakau Malaysia di media massa.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan siasatan berkaitan dakwaan kebimbangan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia berhubung dua pegawai kanan kementerian itu bertemu dengan industri tembakau.

Malah tindakan itu juga didakwa telah melanggar Artikel 5.3 World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli, hasil awal siasatan yang dijalankan mendapati, dua pegawai KKM telah dikunjungi oleh dua individu yang telah memperkenalkan diri mereka sebagai pemilik syarikat basikal Putrajaya dan syarikat percetakan.

“Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan cadangan untuk mengadakan program intervensi pengurangan berat badan, namun tiada sebarang persetujuan dibuat semasa perbincangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Dr Norhayati lagi, KKM memandang serius dakwaan yang sedang tular itu oleh Majlis Kawalan Tembakau Malaysia di media massa.

Baca juga:   170,000 penuntut UiTM kembali ke kampus 27 Mac

Menurut beliau, dakwaan itu menggambarkan imej yang tidak baik khusus kepada KKM dan amnya kepada Kerajaan.

“KKM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 dan polisi berkaitan.

“Pada masa yang sama, sebagai penjawat awam khususnya kakitangan KKM, tanggungjawab untuk memastikan sebarang perjumpaan bersama mana-mana syarikat swasta mahupun badan bukan kerajaan mestilah bebas daripada sebarang konflik yang boleh menjurus kepada kepentingan diri sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Artikel 5.3 WHO FCTC menetapkan agar Malaysia sebagai negara anggota perlu melaksanakan dasar kesihatan awam berkenaan dengan kawalan tembakau serta melindungi dasar tersebut daripada kepentingan komersial dan kepentingan industri tembakau berlandaskan undang-undang negara.

Baca juga:   Tiga meninggal dunia ketika mengundi

Artikel itu juga menetapkan satu garis panduan pelaksanaan di mana langkah-langkah kawalan mesti diwujudkan seperti mengehadkan sebarang interaksi bersama industri tembakau; memastikan ketelusan interaksi yang berlaku; menolak perkongsian dan perjanjian bersama industri tembakau dan mengelakkan konflik kepentingan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan.

Jelas Dr Norhayati lagi, sebagai anggota WHO FCTC sejak 16 September 2005, KKM sentiasa memastikan sebarang interaksi bersama industri tembakau adalah mematuhi garis panduan Artikel 5.3.

“Selain daripada itu, polisi-polisi berkaitan yang juga dirujuk adalah seperti Polisi Pengurusan Percanggahan Kepentingan, Polisi Antirasuah, Polisi Pengurusan Hadiah, Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan; dan Polisi Kod Etika dan Tatakelakuan,” katanya.

Baca juga:   Hampir 50 peratus individu terima dos penggalak

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur gagal jawab soalan

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan