28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Jana Wibawa: SPRM siapkan beberapa lagi kertas siasatan

Azam enggan mengulas lanjut sama ada Muhyiddin Yassin antara suspek dalam kes tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiapkan tiga atau empat lagi kertas siasatan berkaitan kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan kes berkenaan masih lagi berjalan ketika ini dan pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Ada beberapa kertas siasatan masih dalam tindakan dan pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan siasatan berhubung Jana Wibawa dalam sidang media mengenai kejayaan Ops Tropicana membongkar sindiket penipuan pelaburan dalam talian, hari ini.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara suspek dalam isu Jana Wibawa.

Advertisements

“Siasatan masih berjalan dan keputusan akan dibuat Peguam Negara selepas menerima kertas siasatan daripada SPRM,”katanya.

Muhyiddin dilaporkan sebelum ini mengesahkan telah memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek Jana Wibawa dan dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan dan bukannya suspek.

Beberapa individu termasuk pemimpin politik antaranya Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad telah didakwa di mahkamah berkaitan Jana Wibawa.

Program Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran Muhyiddin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata siasatan terhadap isu pengambilalihan pengurusan Menara KL telah lengkap dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan