27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Penjawat awam didakwa terima sogokan Vellfire

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, hari ini, atas dakwaan menerima sebuah kenderaan mewah enam tahun lalu.

Tertuduh, Feroz Hanif Mohamed Ahmad, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan pertuduhan, Feroz Hanif sebagai seorang penjawat awam didakwa menerima Toyota Vellfire 2.5 bernilai RM325,000 daripada pengurus sebuah syarikat yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pusat jualan kenderaan di Kampung Kayu Ara Damansara Utama pada 14 April 2017.

Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan setiap awal bulan.

Advertisements

Peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik kepada SPRM selepas ditahan pada September 2022..

Menurutnya, Feroz Hanif yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) juga mengalami kekangan masa untuk menyediakan wang jaminan yang tinggi.

Tertuduh juga tidak pernah gagal melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM sejak ditahan dan tiada risiko melarikan diri justeru beliau memohon jaminan RM5,000.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 24 Mac ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan