25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Harga petrol, diesel kekal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 9 hingga 15 Februari.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Advertisements

Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan