30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Harga runcit RON97, diesel di Semenanjung naik 3 sen

Mesti Baca

HARGA runcit bagi petrol RON97 mencatatkan kenaikan sebanyak 3 sen untuk tiga minggu berturut-turut kepada RM3.28 bagi tempoh mulai tengah malam ini sehingga 8 Januari.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, turut mengalami kenaikan ialah harga runcit diesel bagi Semenanjung juga sebanyak 3 sen menjadikannya RM2.98 seliter.

Bagaimanapun, kata MOF, harga runcit diesel di Semenanjung itu masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun lalu iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Kenyataan itu berkata, kenaikan kedua-dua bahan bakar itu seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia.

Advertisements

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,”kata kenyataan itu.

Sementara itu, harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,”kata MOF. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KKM perkenal dua inisiatif tingkat kesihatan pekerja industri

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan dua inisiatif bagi meningkatkan kesihatan pekerja industri khususnya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD)...

Lagi Artikel Berkaitan