25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hak Najib dapat perbicaraan adil terus dinafikan

Najib tetap popular walaupun cuba dimalukan sebagai kluster mahkamah yang dipenjarakan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Datuk Seri Najib Razak terus dinafikan untuk mendapat hak perbicaraan yang adil.

Ini kerana, Najib dianggap musuh politik yang kekal digeruni.

Puad berkata, amat menyedihkan dengan apa yang ditanggung oleh Datuk Najib.

“Hak perbicaraan adil untuknya dinafikan. Lebih baik jadi rakyat biasa. Dia musuh politik yang kekal digeruni.

“Najib tetap popular walaupun cuba dimalukan sebagai kluster mahkamah yang dipenjarakan. Sebab itu Najib mahu dihabiskan sehabis-habisnya.

“Oleh itu, masalah Najib paling besar sekarang ini ialah perbicaraan adil (fair trial). Dia bukan minta kesnya digugurkan. Dia (Najib) seperti juga Zahid tidak pernah mengemis parti membelanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Puad, malangnya ada pula bekas pemimpin UMNO mengemis pembelaan musuh supaya tidak didakwa.

“Sebab itu mereka sanggup tikam parti dari belakang.

“Kini ramai konspirator yang menghalang Najib dapat perbicaraan adil terkeluar dari sistem.

“Tun M (Dr Mahathir) umpama jatuh ditimpa tangga. Hilang jawatan PM. Hilang kerusi Langkawi. Hilang deposit. Dia mengaibkan dirinya sendiri.

“Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula hilang jawatan Perdana Menteri (PM). Menunggu masa untuk didakwa. Baru dia tahu peritnya bila akaun parti dibekukan. Scheme of things beliau terjejas. Tiada lagi sedekah politik.

“Gopal Seri Ram sudah meninggal dunia. Dia penyiasat, dia juga pendakwa. Dia operator Mahathir. Apandi Ali bekas AG (Peguam Negara) mendedahkan Gopal jumpa dia atas arahan Tun M. Dia mahu Apandi dakwa Najib.

“Dia sudah atur dengan PDRM dan Majistrat untuk reman Najib. Ini adalah konspirasi untuk memusnahkan Najib. Memang sukar Najib dapat perbicaraan adil selagi mereka ini ada,” katanya.

Ujar beliau lagi, perlantikan Ketua Hakim Negara pula amat kontroversi.

“Terbaru dalam kes semakan kehakiman, pasukan pembela Najib membantah perlantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai anggota lima panel Hakim.

“Abu Bakar adalah Hakim Mahkamah Rayuan. Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1974 menyebut komposisi hakim Mahkamah Persekutuan mestilah terdiri daripada hakim Mahkamah Persekutuan.

“Masih ada Hakim Mahkamah Persekutuan yang layak menjadi panel semakan tersebut. Kenapa lantik Abu Bakar yang merupakan Hakim Mahkamah Rayuan?

“Betullah kata Tan Seri Shafie Peguam Najib “kadangkala jadi VIP politik tidak bagus ketika tidak ada kuasa. Orang akan terus menerus memijak kepala anda”

“Ini yang berlaku kepada Najib. Dia berterusan dinafikan hak asasi perbicaraan adil. Dia ancaman kepada musuh politik terdahulu dan saki bakinya yang masih menguasai sistem negara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan