27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pertemuan Khairy-Wan Fayhsal cetus pelbagai spekulasi

Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi pertemuan itu serta apa yang dibincangkan kedua-dua ahli politik tersebut.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pertemuan bekas Menteri Kesihatan dengan Ahli Parlimen Machang itu menimbulkan pertanyaan kemungkinan Khairy bakal menyertai Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) selepas beliau disingkirkan oleh partinya baru-baru ini.

Wan Fayhsal berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Khairy di satu lokasi yang tidak dinyatakan menerusi media sosial hari ini.

Thank you bro Khairy Jamaluddin for having me,” tulis ringkas Wan Fayhsal dalam hantarannya itu.

Susulan itu, pelbagai andaian dibuat warganet termasuk tertanya-tanya sama ada Khairy akan menyertai PN.

Muhamad Nazri Zakaria mempertanyakan topik perbincangan antara kedua-dua yang dianggap aset negara pasa masa hadapan.

Advertisements

“Perlu pilih parti yang mencorakkan negara. UMNO dah menjadi parti sempit dan hanya ikut apa yang big boss kata. Tak boleh menyanggah,” ujarnya.

“Gandingan orang Muda yang boleh memberi kekuatan kepada orang Melayu. Amin,” ujar Tahie Marican.

Lan Zailan pula berharap pintu hati terbuka hati untuk bersama Perikatan Nasional (PN) dan boleh diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Baru-baru ini Khairy memaklumkan akan mempertimbang parti yang dapat memenuhi wawasannya untuk negara.

Antara lain, beliau berkata, parti yang menawarkan inklusif, tatakelola pentadbiran yang baik, progresif serta kukuh, selesa dan sesuai dengan kehendaknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan