31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gempa bumi Turkiye: Pasukan kedua SMART dihantar malam ini

Jemaah menteri juga bersetuju untuk kerajaan Malaysia menyumbang dana USD 1 juta bagi membantu Turkiye dan Syria.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan seramai 20 anggota itu melibatkan Angkatan Pertahanan Awam seramai 20 orang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat 30 anggota.

Beliau berkata, kesemua 70 anggota itu akan berlepas ke Turkiye malam ini.

“Pasukan SMART yang pertama telah melakukan bantuan menyelamat sangat berkesan dan Turkiye memohon bantuan lagi.

“Penerbangan pasukan ini akan ditaja Turkish Airline dan ia telah mengurangkan beban kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Kabinet hari ini.

Turut hadir dua timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, Anwar berkata, jemaah menteri juga bersetuju untuk kerajaan Malaysia menyumbang dana USD 1 juta bagi membantu Turkiye dan Syria.

Kelmarin, seramai 70 anggota SMART yang berlepas ke Turkiye menjadi antara kumpulan pasukan dari negara asing pertama yang tiba di negara itu bagi membantu Kerajaan Turkiye untuk misi mencari dan menyelamat mangsa yang terjejas akibat kejadian gempa bumi.

Mereka selamat tiba di Istanbul pada pukul 6 pagi waktu tempatan semalam dan telah digerakkan ke Adana bagi misi mencari dan menyelamat di kawasan berkenaan yang terletak 500 kilometer (km) dari Ankara atau 987 km dari Istanbul.

Misi bantuan kemanusian itu adalah hasil daripada penyelarasan yang amat baik antara kesemua Agensi Kerajaan Malaysia, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul serta Kedutaan Besar Republik Turkiye di Kuala Lumpur dan Turkish Airlines. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan