26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

13 Ahli Parlimen Bersatu dilantik ketuai portfolio

Pelantikan ketua-ketua portfolio itu bagi meneliti, mengkaji dan menjuarai isu-isu membabitkan kementerian berkaitan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu dilantik mengetuai portfolio bagi meneliti, mengkaji dan menjuarai isu-isu membabitkan kementerian berkaitan.

Pelantikan ketua-ketua portfolio itu diadakan selepas tamat Pemukiman Ahli-Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional 2023 yang berlangsung selama dua hari bermula Rabu, semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini selaras dengan akujanji Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, berkesan, efektif, berwibawa serta berintegriti tinggi.

“Portfolio ini adalah tanggungjawab berkumpulan. Ketua-Ketua Portfolio akan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Portfolio yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang lain.

“Perikatan Nasional yakin dengan pengalaman serta komitmen kesemua Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional ini, yang akan melangkah secara sederap sebagai sebuah pasukan, tugas kami untuk melakukan check and balance, benar-benar kukuh dan ampuh,” katanya.

Dalam pada itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata rakyat akan dapat melihat perbahasan, kritikan serta lontaran idea yang berkualiti daripada PN dalam sesi persidangan Parlimen nanti.

Baca juga:   Sektor agrikomoditi di wilayah Sabah diperkasa

Berikut senarai Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang dilantik:

Portfolio Kewangan dan Ekonomi
* Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (Putrajaya) – Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi
* Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu) – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
* Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
* Datuk Muslimin Yahya (Sungai Besar) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Baca juga:   Padah tunjuk isyarat lucah, pembuli jalanan ditangkap

Portfolio Keselamatan & Perundangan
* Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) – Kementerian Pertahanan
* Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) – JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
* Datuk Ali Biju (Saratok) – JPM (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas)

Portfolio Komunikasi & Digital
* Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) – Kementerian Komunikasi & Digital

Portfolio Pendidikan & Sumber Manusia
* Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) – Kementerian Pendidikan & Kementerian Pendidikan Tinggi

Portfolio Agama, Sosio-budaya & Generasi Muda
* Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

Portfolio Kemajuan Desa, Wilayah & Pertanian
* Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran) – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
* Datuk Azman Nasrudin (Padang Serai) – Kementerian Perladangan dan Komoditi

Portfolio Antarabangsa
* Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang) – Kementerian Luar Negeri

13 Ahli Parlimen BERSATU dilantik mengetuai portfolio.

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan