26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Vaksin COVID-19 tidak mengandungi cip data

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pasukan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Digital menafikan vaksin COVID-19 mengandungi cip data pengenalan diri seperti berita tular di media sosial baru-baru ini.

KKM berkata, produk vaksin yang berdaftar Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) adalah selamat untuk digunakan.

“KKM menafikan vaksin COVID -19 mengandungi cip ID seperti dakwaan pemilik akaun Facebook ‘Cik Notes’ yang tular di media sosial.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM menjelaskan bahawa berdasarkan penilaian NPRA, produk vaksin COVID-19 yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM adalah selamat, berkualiti dan berkesan serta tidak mengandungi mikrocip,” kata kenyataan itu.

Justeru, KKM berkata, orang ramai dinasihatkan agar menyemak terlebih dahulu status maklunat barang di laman web NPRA.

“Senarai kandungan bahan dalam produk vaksin boleh dirujuk pada sisi pembungkusan produk melalui laman sesawang NPRA di pautan www.npra.gov.my merujuk main page > consumer > product search > product name.

Baca juga:   Kelab komedi jijik: Shahrol Shiro ajak Afdlin buat laporan polis

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak benar dengan tujuan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebaliknya merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan