24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

“Well done. Ada yang berani dan waras dalam UMNO” – KJ

Khariy yakin dengan kredibiliti RoS untuk membuat semakan terhadap usul Rembau di PAU baru-baru ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

WELL done (bagus). Ada yang masih berani dan waras dalam UMNO,”kata bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairj Jamaluddin.

Beliau berkata demikian susulan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Beliau berkata, tindakan yang diambil ahli UMNO dari Kuala Terengganu dan Seremban itu menunjukkan masih ada ahli yang waras dalam UMNO.

Khairy yang membuat komen melalui Instagram berkata, beliau yakin RoS akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan yang diluluskan PAU2022.

“Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk membuat semakan terhadap usul Rembau di PAU,” katanya ringkas.

Advertisements

Hari ini, dua ahli UMNO dilaporkan mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meneliti laporan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, berkata perkara itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.

Turut bersama beliau ialah seorang lagi ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

PAU 2022 baru-baru ini meluluskan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan, walaupun beberapa perwakilan membuat bantahan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden.

Antaranya, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan