24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Penuntut UPM hilang, ditemui di Terminal Bas Larkin Sentral

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesahkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang selepas menunaikan solat Jumaat minggu lalu, ditemui dalam keadaan selamat di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pelajar itu, Mohd Irfan Hakimi sudah dibawa pulang bapanya ke rumah mereka di Selangor.

“Penuntut itu dijumpai di Stesen Bas Larkin pada jam 5 petang semalam. Bapanya sudah bawa balik ke rumahnya di Selangor,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Mohd Irfan Hakimi ketika ditemui, Raub memaklumkan pelajar itu berada dalam keadaan sihat.

Advertisements

“Ketika ditemui dia seorang diri dan dalam keadaan sihat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, penuntut yang dikatakan hilang itu dikesan berada di sekitar Larkin berdasarkan rekod transaksi kad debit miliknya.

Penuntut lelaki itu dilihat ada bersama seorang individu lain dipercayai rakannya yang dirakam hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berhampiran.

Polis turut dilaporkan berjaya mengesan motosikal jenis Yamaha LC135 yang dinaiki penuntut berkenaan sebelum ditinggalkan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan