25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki P.Pinang sempena TBC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), pada tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, secara purata, sekitar 200,000 hingga 300,000 kenderaan keluar masuk ke negeri itu setiap hari.

“Sejak semalam, beberapa lokasi di Pulau Pinang telah mula sesak dengan kenderaan yang pulang menyambut Tahun Baharu Cina dan bercuti panjang.

“Pihak polis menjangkakan kesesakan lalu lintas bertambah bermula hari ini kerana orang ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan saya minta pemandu dapat bersama-sama mematuhi peraturan serta lebih berhati-hati dalam pemanduan mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas walkabout dan advokasi Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Pasar Awam Taman Selamat, di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubok Lee Khai Loon.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya telah mengenal pasti tujuh jalan di negeri ini yang bakal sesak dan sering berlaku kemalangan dan akan meningkatkan pemantauan serta rondaan di kawasan berkenaan.

Advertisements

Katanya, jalan tersebut ialah Jalan Teluk Air Tawar-Jalan Bagan Luar, Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim, Jalan Besar Simpang Empat, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu/Jalan Ayer Itam, Jalan Ayer Itam/Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang.

“Fokus Op Selamat kali ini bagi melancarkan lalu lintas dengan meminimumkan kes kemalangan dan mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah.

“Operasi turut dilaksanakan di kawasan hotspot yang dijangka berlaku kesesakan trafik akibat pertambahan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, dalam Op Selamat kali ini, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang turut memperkenalkan semula Op Payung iaitu penugasan yang memfokuskan kepada “omnipresence” pegawai dan anggota polis yang akan memberikan respons serta bantuan segera terhadap kemalangan yang berlaku di kawasan “black spot”.

“Op Payung ini diadakan di setiap daerah dan tumpuan diberikan di kawasan “black spot” iaitu Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Teluk Air Tawar, Jalan Baru Perai, Jalan Bukit Tambun dan Jalan Mayang Pasir,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi pelaksanaan kempen rumah selamat dan pencegahan jenayah sepanjang Op Selamat.-BERNAMA

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan