36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tiga beranak dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KESERONOKAN tiga beranak mengunjungi Zoo Melaka sempena hari cuti perayaan bertukar tragedi apabila dihempap pokok tumbang, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.40 petang dan telah mengakibatkan mangsa lelaki berusia 43 tahun mengalami patah pada bahagian kaki, manakala isteri dan anak lelakinya berusia enam tahun cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku ketika keluarga tersebut berada di kawasan pameran harimau.

“Sebelum itu mereka sekeluarga menaiki kenderaan disediakan pihak zoo untuk bersiar-siar melihat pameran haiwan pada pukul 2.05 petang.

“Sebaik tiba di kawasan kejadian, tiba-tiba sebatang pokok telah tumbang dan menghempap mereka menyebabkan mangsa lelaki patah kaki kanan, manakala isteri dan anaknya hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Susulan insiden itu, katanya, keluarga yang datang dari Kajang, Selangor telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

“Kawasan tersebut telah dibersihkan dan kerja-kerja selenggara dibuat oleh pihak Zoo Melaka serta agensi berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya telah mengambil tanggungjawab terhadap insiden yang menimpa mangsa termasuk menguruskan perubatan dan penghantaran pulang ke Kajang.

“Kita percaya kejadian ini berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak pukul 2 pagi semalam yang menyebabkan pokok menjadi berat.

“Kerja-kerja pemantauan sentiasa dijalankan termasuk cantasan pokok-pokok yang berada di dalam kawasan zoo berkenaan,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan