Monday, July 20, 2026

Aliran trafik di lebuh raya utama pagi ini lancar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ALIRAN trafik keseluruhannya lancar di sepanjang laluan utama lebuh raya dan tiada kesesakan teruk dilaporkan pada pagi ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebooknya memaklumkan trafik masih lancar di kedua-dua arah melibatkan Kuala Lumpur-Karak (KLK), Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 setakat pukul 9.32 pagi tadi.

Lebuh Raya Utara-Selatan juga menurutnya, turut lancar termasuk lokasi di persekitaran plaza tol.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pula memaklumkan, pengaktifan lalaun kontra (smartlane) akan dilaksanakan di laluan antara persimpangan Port Dickson Utara ke Persimpangan Seremban (arah utara).

“Sistem Smartlane akan diaktifkan di Kilometer (KM) 260 hingga KM263.1 pada 23, 24 dan 29 Januari ini iaitu dari pagi hingga petang sebagai inisiatif PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan LLM,” katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan