28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemandu lori rempuh plaza tol, patah kaki, tangan kiri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu lori patah tangan kiri dan kedua belah kaki apabila lori yang dipandu merempuh plaza tol Ayer Hitam, Puchong, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Cyberjaya pihaknya menerima panggilan pada 2.53 petang dan tiba di tempat kejadian pada 3.04 petang bersama tujuh anggota termasuk pegawai.

Katanya, setiba di tempat kejadian berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah lori satu tan dipandu seorang lelaki Melayu berumur 29 tahun dikenali Muhammad Shafiee Jumali.

“Lori yang dipandu dipercayai mengalami kegagalan fungsi brek itu telah merempuh plaza tol dan menyebabkan pemandu tersepit di bahagian tempat duduk.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh anggota menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan