28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kod pakaian menteri Kabinet jadi perhatian warganet

Mesti Baca

KOD etika pakaian bagi menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan nampaknya ada perubahan ketara sehingga mendapat perhatian warganet.

Sejak hari pertama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbentuk, kod etika pemakaian menteri hanya berkot gelap, berkemeja putih atau cerah tanpa memakai tali leher bagi lelaki.

Keadaan itu amat berbeza berbanding kod pakaian yang diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini, yang mewajibkan pemakaian tali leher.

Amalan kod tersebut bukan sahaja dilaksanakan semasa majlis rasmi di Perdana Putra, tetapi juga apabila menteri-menteri berkenaan kembali ke kementerian masing-masing.

Seorang netizen, Su Mayyah yang perasan perubahan tersebut berkata, para menteri Kabinet kelihatan segak tanpa tali leher dan gaya sedia bertugas.

Rozita Mohd Nor pula berkata, penampilan menteri Kabinet kali ini ringkas tetapi kelihatan segak, praktikal dan siap sedia untuk menghadapi semua isu.

“Semoga para menteri kita dapat melaksanakan khidmat dengan yakin, jujur dan sempurna,” katanya menerusi ruangan komen di Facebook Perdana Menteri.

Anna A. Majid pula tertarik dengan penampilan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang turut tidak mengenakan tali leher semasa mesyuarat khas Kabinet Isnin lalu.

“Wah! KSN pun tak bertali leher. Jarang tengok KSN tak bertali leher dalam mesyuarat rasmi. Adakah lepas ini semua pegawai kerajaan dah tidak perlu pakai tali leher?” soalnya.

Awang Irsyad pula berkata, langkah yang diambil Kerajaan Perpaduan itu merupakan satu tanda protes anti-barat.

Katanya, amalan tidak memakai tali leher juga dilakukan di negara-negara lain seperti di Iran. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan