24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

Mesti Baca

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Dengan keputusan itu menjadikan jumlah kerusi dimenangi PN ialah sebanyak 74 kerusi termasuk 22 kerusi yang ditandingi atas logo Pas di Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi DUN Pahang pula, PN dan BN masing-masing mempunyai 17 kerusi manakala lapan kerusi lagi milik PH.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin menewaskan wakil Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak serta empat calon lain dengan majoriti 16,260 undi.

Azman memperoleh 51,637 undi sementara Mohamad Sofee 35,377 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C. Sivaraj yang mengumumkan menarik diri bagi memberi laluan kepada rakan kerjasama dari PH, tetap mendapat 2,983 undi.

Manakala calon Pejuang, Hamzah Abd Rahman mendapat 424 undi, R. Sreanandha Rao (Bebas) memperoleh 846 undi manakala calon Warisan, Mohd. Bakhri Hashim yang turut memberi laluan kepada PH mendapat 149 undi.

Sementara itu di TIOMAN, calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya memperoleh 8,080 undi untuk membolehkan parti itu mempertahankan kerusi DUN tersebut.

Advertisements

Beliau menang dengan majoriti 573 mengalah pesaing terdekat dari PN, Nor Idayu Hashim yang memperoleh 7,507 undi.

Mohd Johari merupakan penyandang kerusi tersebut sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Sementara itu, calon lain yang bertanding iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly dari PH memperoleh 784 undi dan Sulaiman Bakar (Bebas) meraih 58 undi.

Manakala seorang lagi calon Osman A. Bakar yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sekadar memperoleh sebanyak 79 undi sahaja.

PRU-15 bagi Padang Serai dan Tioman yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan ekoran kematian salah seorang calon-calonnya.

Di Padang Serai, penyandang kerusi tersebut M. Karupaiya, 69, dari PH meninggal dunia pada 16 November akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Manakala bagi DUN Tioman pula, calon PN, Md Yunus Ramli meninggal dunia pada hari pengundian iaitu 19 November lalu ketika menerima rawatan di Hospital Rompin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan