24.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Kemenangan PN bukti rakyat tolak kerajaan campuran PH-BN

Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BH semasa kempen PRU15, ramai penyokong telah beralih arah menyokong PN.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENANGAN besar Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman membuktikan rakyat tidak mempercayai kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Malah, menurut Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, undi yang diberikan pemilih di kawasan Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang tertangguh menunjukkan mereka tidak yakin dengan kerajaan campuran yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BH semasa kempen PRU-15, ramai penyokong telah beralih arah menyokong PN,” katanya hari ini.

Tambah Muhyiddin, dia menganggap “penipuan” yang dilakukan PH dan BN dalam PRU-15 adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini.

Advertisements

“Dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti tersebut,” katanya.

Majoriti BN merosot hampir separuh di DUN Tioman dan majoriti PN di Parlimen Padang Serai pula dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam PRU14.

Calon PN di Padang Serai Datuk Azman Nasrudin, menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi Manakala calon BN di DUN Tioman Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti tipis 573 undi.

Kenyataan bekas Perdana Menteri itu dibuat sebagai reaksi atas kejayaan PN yang menawan kerusi parlimen Padang Serai yang sebelum ini dimenangi PH. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan