32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Rusia pelawa Malaysia tingkat eksport buah tropika, makanan laut

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RUSIA mempelawa Malaysia untuk meningkatkan eksport produk pertanian termasuk buah-buahan tropika dan produk makanan laut ke negara tersebut.

Perkara itu merupakan antara topik yang diperbincangkan dalam pertemuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu dengan Duta Besar Rusia di Malaysia, Naiyl M. Latypov di Putrajaya semalam.

Menurut MAFS, Rusia juga bersedia untuk mengeksport produk halal dan soya ke Malaysia.

“Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan perdagangan dua hala dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan.

“Malaysia dan Rusia dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian dan perikanan pada tahun ini.

“MoU tersebut akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan perdagangan dalam bidang pertanian antara kedua-dua buah negara termasuk kerjasama dalam teknologi biji benih, pertanian moden dan pintar, perikanan serta akuakultur,” katanya dalam Facebook hari ini.

Baca juga:   Expo 2020 Dubai: Malaysia jana RM 7.2 bilion potensi perniagaan

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Setiausaha kementerian tersebut Datuk Lokman Hakim Ali, pegawai-pegawai kanan MAFS serta wakil dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia.

Dalam pada itu, Rusia turut berbesar hati menjemput Mohamad ke Persidangan Ekonomi Antarabangsa melibatkan isu keterjaminan makanan yang akan dianjurkan oleh Rusia pada tahun ini.

Rusia merupakan rakan dagang Malaysia yang aktif dalam memperkukuh hubungan perdagangan pertanian.

Baca juga:   OIC perlu bantu negara Islam bangkit untuk pemulihan– Zambry

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, nilai import produk pertanian dan makanan dari Rusia adalah sebanyak RM0.77 bilion.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan